Rancang Kewangan Anda (PRINSIP 1): Simpan dahulu, Baru berbelanja
Setiap kali saya memperoleh wang elaun, saya memperuntukkan beberapa peratus daripadanya untuk simpanan saya. Kemudian sahaja baru saya memikirkan tentang keperluan-keperluan saya.
Kadangkala, saya terasa kerdil kerana bermacam-macam barangan yang tak mampu untuk saya beli.
| Simpanan perlulah sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan kita |
mp3
Teringat kisah saya mahu membeli mp3. Ketika itu, saya mengisi 'hati' hanya dengan mp3 (orang yang ikut tarbiyah akan faham maksud saya)
| mp3 yang pertama dan terakhir yang saya pernah beli. Hingga kini masih lagi saya gunakan. |
Untuk itu, saya mengikat perut untuk mengumpul wang sebanyak 1500 rubles (dalam RM150) untuk membeli mp3 berjenama 'Phillips' setelah mengikat perut untuk simpanan saya. Itupun saya hanya membeli mp3 yang hanya ada 'basic function' - choose, play & pause. Tidaklah seperti kawan-kawan saya yang membeli mp3 mewah dengan fungsi 'touch screen' atau jenama 'Walkman' yang berharga lebih 2000 rubles (dalam RM200).
Jadi, saya membeli hanya barangan yang diperlukan sahaja. Cukup sekadar BASIC FUNCTION.
Ketika saya membeli telefon bimbit, saya tak berobjektifkan untuk bergaya, tetapi cukup sekadar mampu membuat panggilan, menghantar mesej dan menangkap gambar. Fungsi menangkap gambar sangat perlu pada ketika itu kerana di Russia, kamera sangat penting untuk menangkap gambar nota-nota yang diberi pensyarah. Saya masih ingat, telefon bimbit yang telah saya beli berharga 1600 rubles (RM160) berjenama Sony Ericsson (saya tak ingat model apa. sudah terlalu lama, dan ia telah hilang)
| Telefon itu rupanya seperti ini. |
Bukankah itu merugikan?
Jadi, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh sahabat pembaca semua saat peroleh elaun sara hidup / gaji adalah:
- Simpan 10% daripada pendapatan dalam akaun yang berbeza.
- Rancang perbelanjaan bulanan.
- Berbelanjalah kurang dari kemampuan.
