Tuesday, October 29, 2013

Money Oriented Jundi (bahagian 1)

Salam aleykum wbt

Kenapa D.U.I.T.?
Bukankah sebab duit, agama entah ke mana?
Bukankah sebab duit, ibadah tak khusyuk?
Bukankah sebab duit, bergaduh sanak saudara?
Bukankah sebab duit, penipuan berleluasa?
Bukankah..
Bukankah..
dan bukankah..

Berapa banyak kali bukankah perlu saya letakkan jikalau kita sentiasa berfikiran negatif tentang duit.
Kerana duit, manusia binasa?

Persepsi
Ramai yang berfikiran negatif tentang duit. Sama seperti yang telah saya senaraikan. Bahkan sudah tentu lebih lagi daripada itu. (hanya itu yang terfikir semasa menulis artikel ini). Sama lah seperti semua motivasi, duit juga merupakan satu motivasi bagi manusia, terutamanya golongan-golongan da3ie, contohnya saya sendiri.

Kenapa motivasi?
Setiap perkara yang ditaqdirkan Allah SWT adalah baik diatas muka bumi ini (kullu maa qoddaraLlahu khoyr). Hanya kita BELUM tahu lagi tentang hikmahnya. Begitu juga pada duit. Jadi, tak perlu untuk kita berfikiran negatif terhadap duit ini!
Tak percaya? 
Baiklah, saya buktikan pada sahabat sekalian. Cuba ubah senarai pasimis yang telah saya senaraikan kepada senarai yang optimis.
Bukankah sebab duit, agama makin tertegak?
Bukankah sebab duit, ibadah semakin mudah?
Bukankah sebab duit, makin aqrab hubungan sanak saudara?
Bukankah sebab duit, kejujuran terserlah?
Apa kata sahabat sekalian?

Dengan duit, kita umat Islam mampu menguasai ekonomi dunia. Mampu membentuk ekonomi baru, yang bakal menggulingkan kapitalisme, dan menegakkan ekonomi berasaskan ISLAM.
Tak mahukah kita keluar dari kancah ke'ma3siatan' ekonomi kita?
Pinjaman perumahan - tak sepenuhnya halal
Pinjaman kenderaan - tak sepenuhnya halal
Kadar inflasi yang bertambah-tambah - bukan ajaran islam
Dominasi perniagaan oleh golongan tertentu - tiada dalam islam
dan macam-macam lagi.
Dimanakah pembiayaan kereta yang merupakan 100% Halal?
Kini, sangat payah mencari rumah yang dibeli dengan pinjaman 100% Halal

Saya cukup yakin, kita memang pernah terfikir masa depan dengan ekonomi islam SEMATA. Kita pernah terfikir untuk menghapuskan sistem ekonomi kapitalisme. Kita juga mahu islam tertegak diatas muka bumi ini. Kita berpegang pada "Tiada yang lebih tinggi daripada ISLAM".

Peranan Kita
Namun, apa sumbangan kita dari segi ekonomi terhadap islam?
Apa perubahan yang kita lakukan kepada ekonomi dunia saat kini?
Apakah cukup sekadar membiarkan wujudnya sistem perbankan patuh syariah, pinjaman patuh syariah? Hakikatnya, perbankan dan pinjaman patuh syariah ini bukanlah se'halal' yang kita anggap. Masih banyak perubahan yang perlu kita lakukan. (boleh rujuk tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)

Itu baru sahaja dari segi perbankan dan pinjaman patuh syariah. Belum lagi bidang perniagaan, pengurusan wang, perhutangan, pelaburan, perwarisan serta macam-macam bidang lagi.

Allahu Robbi.. masih banyak lagi tugas kita.

Jadi, saya mahu mengajak sahabat sekalian, BANGUNLAH dari tidurmu. Islam itu bukan sekadar ibadah wajib, bukan sekadar dakwah & tarbiyah, tapi juga merangkumi bahagian EKONOMI


إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
Maksudnya : "Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam".
(Ali-Imran:19)


وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya : "Dan barangsiapa yang mencari yang lain selain Islam, maka dia tidak akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat kelak daripada orang yang rugi".
(Ali-Imran:85)

Jadi, soal diri kita, "sudahkah kita menjadikan Islam itu sebagai yang TERTINGGI?

No comments:

Post a Comment