Sunday, March 2, 2014

Tips mendapatkan pinjaman daripada bank dengan mudah

Salam alaikum & salam sejahtera semua,

Dalam urusan berjual beli, sudah tentu kita mahu supaya ia berlaku dengan telus dan jujur. Amat baik jika kita mengetahui serba sedikit tentang si pembeli. Dan sudah tentu 'benefit' ditungu-tungu oleh si pembeli.

Begitu juga kita dalam proses hutang-piutang. Dah tentu kita mahu beberapa soalan penting terhawab.
- Siapa yang mahu berhutang dengan kita?
- Mampukah beliau membayar hutang kita?
- Sebanyak manakah maksima hutang yang layak diberi kepada beliau?
Dan bermacam-macam lagi soalan.

Begitu juga bank dalam prosedur memberi hutang kepada kita.
Beberapa elemen yang SEMESTINYA dinilai sebelum memberikan hutang kepada kita. Antaranya:
- Siapakah sang penghutang?
- Berapakah gaji sang penghutang?
- Mampukah sang penghutang membayar semula segala hutang-hutang yang akan diberikan?
- Berapakah DBR (Debt Burden Ratio) sang penghutang?
- dan pelbagai lagi

Dalam siri seterusnya, saya akan menjelaskam beberapa perkara:
1. Apa itu DBR?
2. CCRIS. Apakah ia?
3. Mengapa CCRIS & DBR sangat penting?

Nantikan..

Tuesday, February 18, 2014

Kegagalan untuk merancang bermaksud merancang untuk gagal

Ketika sedang makan tengahari di dalam bilik konferens sambil menulis 'Discharge summary'
Dr A: hey, your lunch smells good. I haven't had my lunch yet. So kind of your wife
Dr K: huh?? You were married already?
Me: yup. But, this lunch wasn't cooked by my wife. I cooked it by myself
Dr A: Wow! How come you can cook while you are a Houseman? Me myself, eventhough my husband isn't a Houseman, I RARELY cook for my family. Haha... tak sempat lah...
Dr K: waaa... you are married too, A? But then I can't imagine, you Ahmed. Both of you are housemen. Then you have a daughter. Then you cook some more?? How come??
Me: huhu.. there are tricks to do it. Just make sure you have a freezer at home. Then, you CAN actually do it.
Dr K: oooo....

Baik, sekadar berkongsi cerita. Alhamdulillah, saya diberi kekuatan untuk merancang dan melaksanakan rancangan saya.

Pepatah ada yang berbunyi 'if you fail to plan, you plan to fail'. Begitulah resam hidup didunia ini.

Maka, marilah bersama-sama kita merancang masa depan, termasuklah kewangan kita.

Monday, February 17, 2014

MasyaAllah. Sungguh memenatkan. Ketika mana saya seorang menjaga 4 wad, sekaligus bermaksud menjaga seramai lebih kurang 200 pesakit. Belum sempat melangkahkan kaki ke surau untuk bersolat, sudah dihubungi 'staff nurse' untuk menjenguk pesakit yang punyai masalah akut. (Akut disini bermaksud masalah yang baru sahaja berlaku.) Inikan pula melabuhkan punggung ke tilam keras khas untuk doktor petugas malam seperti saya ini.

Begitulah asam garamnya seorang pegawai perubatan siswazah di PPUM (yang saya cukup yaqin ianya berlaku juga di hospital yang lain)

Alhamdulillah, rumah apartment Ixora kami sudah berjaya dilengkapkan dengan perabot-perabot yang cukup mengagumkan saya (atas kecantikannya)






Subhanallah, Maha Suci Allah..

Monday, February 3, 2014

Pasca pekerjaan 1

Salam alaikum semua.
Lama sudah tak berusik blog ini. Diharapkan sahabat semua dapat bersabar. Maklumlah... baru sahaja bergelar doktor.

Subhanallah. Maha Suci Allah yang telah menciptakan kita. Memberikan kita nikmat hidup di dunia. Menyatukan kita dibawah panji Islam. Menghadirkan hati kita dalam setiap ibadah.

Perkongsian satu hadith daripada seorang sahabat saya cukup menyentuh hati ini.

"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya, maka Allah akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia aka datang padanya dalam keadaan hina dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya Allah akam menjadikan kemiskinan terbayang-bayang dihadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dan dia tidak akan mendapat didunia lebih daripada apa yang telah ditaqdirkan.
-Hadith riwayat ibnu majah dan tarmidzi

Pabila saya mula menceburkan diri dalam bidang perubatan sebagai pegawai perubatan, saya mula sedar bahawa ini adalah medan yang sebenar. Jikalau dahulu kita hanya berteori perlunya untuk mencari redha Allah, kini terasa seperti saya bekerja untuk wang.

Dahulunya, duit poket diberi oleh penaja tanpa perlu 'perform' dalam pelajaran. Kini, jikalau tak 'perform' akan dikenakan hukuman. Bahkan, ada juga kemungkinan untuk dibuang kerja. Dahulunya, masa terluang teramat banyak hinggakan tak tahu nak buat apa. Dan ketika itulah mula mengisi masa dengan 'berdakwah'. Kini, masa terluang sangatlah sedikit. Ada keluarga untuk diluangkan masa bersama mereka, ada pula masa yang perlu digunakan untuk berehat, hinggakan sanga sedikit masa yang boleh diluangkan untuk tarbiyah diri. Apakan lagi berdakwah pada orang lain.
Allahu robbi...

Money oriented jundi kini mahu membetulkan persepsi diri sendiri sebelum membetulkan persepsi semua.

Jom bekerja untuk keredhaan Allah!