Monday, February 3, 2014

Pasca pekerjaan 1

Salam alaikum semua.
Lama sudah tak berusik blog ini. Diharapkan sahabat semua dapat bersabar. Maklumlah... baru sahaja bergelar doktor.

Subhanallah. Maha Suci Allah yang telah menciptakan kita. Memberikan kita nikmat hidup di dunia. Menyatukan kita dibawah panji Islam. Menghadirkan hati kita dalam setiap ibadah.

Perkongsian satu hadith daripada seorang sahabat saya cukup menyentuh hati ini.

"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya, maka Allah akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia aka datang padanya dalam keadaan hina dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya Allah akam menjadikan kemiskinan terbayang-bayang dihadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dan dia tidak akan mendapat didunia lebih daripada apa yang telah ditaqdirkan.
-Hadith riwayat ibnu majah dan tarmidzi

Pabila saya mula menceburkan diri dalam bidang perubatan sebagai pegawai perubatan, saya mula sedar bahawa ini adalah medan yang sebenar. Jikalau dahulu kita hanya berteori perlunya untuk mencari redha Allah, kini terasa seperti saya bekerja untuk wang.

Dahulunya, duit poket diberi oleh penaja tanpa perlu 'perform' dalam pelajaran. Kini, jikalau tak 'perform' akan dikenakan hukuman. Bahkan, ada juga kemungkinan untuk dibuang kerja. Dahulunya, masa terluang teramat banyak hinggakan tak tahu nak buat apa. Dan ketika itulah mula mengisi masa dengan 'berdakwah'. Kini, masa terluang sangatlah sedikit. Ada keluarga untuk diluangkan masa bersama mereka, ada pula masa yang perlu digunakan untuk berehat, hinggakan sanga sedikit masa yang boleh diluangkan untuk tarbiyah diri. Apakan lagi berdakwah pada orang lain.
Allahu robbi...

Money oriented jundi kini mahu membetulkan persepsi diri sendiri sebelum membetulkan persepsi semua.

Jom bekerja untuk keredhaan Allah!

No comments:

Post a Comment