Saturday, November 2, 2013

RKA 2: Cari Pendapatan Sampingan

Financial is all about planning and executing
Kenapa harus dicari pendapatan sampingan?
Baik, saya bawakan senario belanjawan sebulan subjek xxx (bekerja sebagai Medical Officer di PJ) pada sahabat pembaca semua.
Petrol: RM400
Makanan: RM400
Infaq: RM200 (minimum)
Sewa rumah: RM1000
Barangan anak (susu, lampin, baju): RM400
Keperluan sendiri: RM300
'Islamic financing' kereta: RM800
Duit mak, ayah, dan kedua mertua: RM600
Dah berapa yang digunakan? Jumlahnya lebih kurang RM4100
Itu belum lagi termasuk yuran nursery anak-anak (jikalau nature of work tak perlu kerja sampai ke tengah malam). Jikalau  nature of work  memerlukan untuk tinggal ditempat kerja hingga malam, maka terpaksalah mengupah pembantu rumah.

Syukur, alhamdulillah jikalau gajinya dibayar lebih tinggi daripada perbelanjaan.
Jikalau kedua-duanya hanya break even ataupun sama rata, maka, mereka sangat-sangat berada dalam kawasan bahaya.

Gaji/Elaun Cukup-cukup Makan
Bila gaji cukup-cukup makan, maka pembaikan pada keluarga atau ummah sangat minima. Kenapa saya berkata sebegitu? Kerana zaman ini, segala-galanya pun memerlukan wang! Bahkan menggunakan air yang merupakan 75% diatas mukabumi ini pun ada bayarannya. Inikan pula kerja meng'islah' ummat.
Dunia...oh dunia.. Sungguh dahsyat penangan daripadamu..
gambar hiasan
Pernahkah anda menghadapi situasi sebegini:
1. Nak berinfaq, tapi risau wang tak mencukupi
2. Dah berinfaq, kemudian tak cukup wang, bahkan tak cukup untuk kos pengangkutan pulang kerumah anda (saya pernah jumpa orang yang sebegini)
3. Dah berinfaq, kemudian hati tak tenang kerana merasakan tiada telaga wang (saya adalah salah seorang dari manusia jenis begini)
4. Dah berinfaq, tapi tiada persediaan menghadapi situasi kecemasan yang memerlukan wang. Maka terpaksa meminta-minta pertolongan (saya juga pernah tergolong dalam golongan ini)

Itulah simptom-simptom golongan yang gajinya/elaunnya cukup-cukup makan.

Mahukah sahabat pembaca sekalian tergolong dalam golongan tersebut?
Mahukah sahabat pembaca sekalian ter'futur' disebabkan krisis kewangan yang disebabkan oleh kegagalan dalam merancang? (bukan bermaksud dengan adanya duit, kita takkan futur, ya!)

Saya TAK SANGGUP!!

Baiklah. Sekarang, sila jawab soalan saya:
(bagi yang dah bekerja) Adakah sahabat pembaca sekalian setuju bahawa kita tak patut bergantung sumber kewangan kita 100% daripada gaji pekerjaan makan gaji kita?
(bagi yang masih belajar) Adakah sahabat pembaca sekalian setuju bahawa kita tak patut bergantung sumber kewangan100% daripada elaun belajar kita?

Bagi yang setuju, boleh teruskan membaca. Bagi yang tak setuju, anda disarankan untuk berhenti membaca secepat mungkin bagi mendatangkan 'su uz dzhon'.  Kalau anda baca juga, tanggunglah akibatnya sendiri. =P

Masih Ada Jalan Keluar
Sebenarnya, masih ada jalan keluar dari masalah ini.
Dengan mencari pendapatan sampingan, maka anda boleh berusaha untuk keluar dari zon bahaya tersebut.
Sekurang-kurangnya itulah usaha kita untuk menambah baik kehidupan kita, menambah baik kemampuan infaq kita, menambah baik sumbangan kita pada ummat.

Ingat, kadar inflasi setiap tahun secara purata adalah lebih kurang 4%. Bermaksud, setiap tahun harga barangan akan naik sebanyak 4%. Contohnya:
Pada tahun 2013, harga 1kg gula adalah RM2.90.
Pada tahun 2014, dijangka bahawa 1kg gula berharga RM3.02

Andaikan pula perbelanjaan bulanan xxx adalah RM4100 pada tahun ini. Pada tahun hadapan, dijangka bahawa perbelanjaan bulanan bakal menjadi RM4264. Bezanya dalam RM164
Besar juga perbezaannya disitu. Hampir separuh perbelanjaan untuk anak!!

Jadi, carilah sumber pendapatan ke-2 anda. Jangan terlalu bergantung pada sumber pendapatan pertama anda.

No comments:

Post a Comment