Assalamualaikum sahabat sekalian,
4. Anda bakal meluangkan masa selama mungkin 3 bulan sementara menunggu 'posting' (bagi bakal pekerja perubatan), dan kerja (bagi selain itu).
Jadi, apakah persediaan anda untuk menghadapi 3 bulan tersebut?
Saya tuliskan beberapa perbelanjaan saya secara kasar sementara menunggu 'posting':
Hanya Tuhan saja yang tahu.
Jadi, didarabkan dengan 3?
Puji-pujian dan setinggi syukur diungkapkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya saya masih lagi hidup, diberikan kesempatan untuk menghirup udara yang diciptaNya serta masih lagi berupaya menulis untuk para sahabat sekalian. Alhamdulillahi robbil 3alamin!!
Sudah lama saya tak menulis, hampir seminggu rasanya. Semuanya kerana gara-gara tarikh kursus induksi saya yang semakin dekat (hujung November). Namun, saya masih belum menyiapkan tesis pelajaran saya dalam DSR Master Class.
Saya tak mahu bercerita tentang tesis saya, kerana mungkin ianya terlalu 'lame' untuk para sahabat sekalian ambil tahu. Masih banyak benda yang perlu diberikan perhatian oleh anda semua.
Alhamdulillah, saya dah bercerita pada sahabat sekalian tentang beberapa tips merancang kewangan. Namun, adakah anda tahu mengapa perlu dirancang kewangan anda?
Untuk para pelajar (terutama diluar negara)
1. Elaun yang anda peroleh terlalu banyak.
Apabila elaun yang diperoleh terlalu banyak, maka banyaklah tempat untuk di'buang' segala wang yang anda peroleh. Pernahkah anda mendengar ayat ini?
إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Al-Isra':27)
2. Anda tak perlukan wang yang banyak untuk sara hidup anda
Majoriti daripada golongan anda:
- belum berkahwin - tiada anak, isteri untuk ditanggung
- berkongsi 1 rumah 6 orang - penjimatan wang tahap 'gaban' berlaku disini
- tak perlu bermewah-mewah untuk masakan - cukup sekadar nasi, telur goreng dan kicap
- dan banyak lagi
3. Anda punyai banyak masa kosong
Selalunya, masa ini akan diisi dengan perkara-perkara seperti :
- bermain futsal, video games
- belajar bermain alat muzik
- melepak dengan rakan-rakan di restoran-restoran mewah
- dan pelbagai lagi
4. Anda bakal meluangkan masa selama mungkin 3 bulan sementara menunggu 'posting' (bagi bakal pekerja perubatan), dan kerja (bagi selain itu).
Jadi, apakah persediaan anda untuk menghadapi 3 bulan tersebut?
Saya tuliskan beberapa perbelanjaan saya secara kasar sementara menunggu 'posting':
makanan, tempat tinggal: free (sebab tinggal dirumah parents)Cuba sahabat sekalian kira, berapa perbelanjaan sebulan saya? Ini belum kira duit parents dan mertua lagi. Belum masuk kos-kos yang lain (duit raya pada anak buah, duit nenek, etc)..
petrol: RM400
barangan anak: RM300
barangan keluarga: RM300
tol: RM150
open table: RM200
Hanya Tuhan saja yang tahu.
Jadi, didarabkan dengan 3?
Untuk yang sudah bekerja
1. Anda masih belum berkahwin
Jadi, anda perlukan wang bagi menampung kos-kos seperti:
- pertunangan
- mas kahwin
- majlis wallimah
- sewa rumah baru
- dll
Dari celah mana anda nak 'mengorek' wang anda? Dari celah gigi?? MUSTAHIL sama sekali! Sekurang-kurangnya, anda perlukan pinjaman kewangan dan sudah tentu pinjaman yang patuh syariah. Bagaimana mungkin anda mampu membayar hutang pinjaman anda jikalau sebelum ini anda berbelanja 'cukup-cukup makan' dengan untung makan gaji anda?
Anda bakal MUSFLIS!!
Sepertimana contoh 'case study' yang saya berikan dalam RKA 2, saya tak mahu sahabat sekalian jadi seperti beliau. Saya mahu sahabat sekalian jadi LEBIH BAIK dari kalian!!
Gaji + Kewangan yang terancang = Hilang masalah kewangan
No comments:
Post a Comment