Tuesday, November 19, 2013

RKA 4: Simpanan Perlu Dikembangkan

Assalamualaikum wbt, dan selamat sejahtera semua

Recap RKA 1-3
Sebelum saya memulakan entry untuk kali ini, saya nak menyingkap semula siri Rancang Kewangan Anda, daripada RKA 1 hingga ke RKA 3 dan saya akan ceritakan kaitan antara semua RKA yang telah dibincangkan diakhir entry kali ini.
RKA 1: Simpan Dulu, Baru Berbelanja
RKA 2: Cuba Cari Pendapatan Sampingan
RKA 3: Berjimat-cermat Dalam Berbelanja 
Dalam RKA 1, saya menerangkan tentang betapa pentingnya untuk kita berdisiplin dalam menguruskan wang kita. Kemudian, barulah saya ceritakan tentang pencarian pendapatan sampingan dalam RKA 2. Bagaimana mungkin kita mencari pendapatan sampingan tanpa ada disiplin dalam menyimpan wang? Kalau kita cari pendapatan sampingan setelah berbelanja wang gaji kita, sudah tentu nilai yang dapat disimpan itu sedikit, bahkan mungkin ada yang lebih teruk lagi, iaitu langsung tiada! 
Saya merayu pada sahabat pembaca semua, jangan jadikan gambar ini sebagai realiti diri anda!
Objektif saya dalam 'entry' RKA 2 adalah untuk memahamkan sahabat pembaca sekalian untuk mencari pendapatan sampingan dengan 'mindset' bahawa pendapatan itu akan disimpan bersama dengan sebahagian gaji kita. Dalam RKA 3 pula, saya menerangkan tentang bagaimana untuk menyimpan wang gaji dahulu sebelum berbelanja. Saya juga telah menceritakan pentingnya untuk berjimat-cermat dalam berbelanja dengan kondisi ekonomi Malaysia yang semakin hari, semakin menghampiri kegawatan.

RKA 4: Simpanan Perlu Dikembangkan
Baiklah, saya pergi kepada topik kita yang seterusnya, RKA 4: Simpanan Perlu Dikembangkan. Saya pernah ceritakan dalam RKA 3 (kalau tak silap saya) bahawa purata kadar inflasi setiap tahun adalah hampir 4-5%. Cuba bayangkan, anda punyai RM100,000 pada tahun 2013, dah tentu pelbagai benda yang anda boleh beli dengan nilai tersebut (bahkan, mungkin dua buah rumah kos rendah). Pada tahun 2014, nilai RM100,000 tidak lagi sama. Nilainya berkurangan sehingga anda hanya mampu membeli barangan yang bernilai RM99,600 pada tahun 2013. Itu baru sahaja perubahan nilai dalam masa 1 tahun. Bayangkan anda menyimpan begitu sahaja wang anda selama hampir 10 tahun. Dah tentu anda akan rugi, kerana nilai wang anda pada tahun 2023 hanya boleh membeli barangan yang bernilai RM66,483.26.
wang anda pada masa kini perlu dikembangkan bagi mendapatkan manfaat dihari kemudian
Oleh kerana kadar inflasi adalah 4% secara puratanya, maka saya menyarankan sahabat pembaca sekalian untuk melabur dalam pelaburan dengan kadar pulangan pelaburan melebihi daripada 4%.
dalam ekonomi konvensional, inflasi sentiasa berlaku. 

Apa itu Kadar Pulangan Pelaburan (Return On Investment aka ROI)?
Ia adalah kadar keuntungan yang diperoleh pada setiap tahun. Ia boleh dikira dengan formula berikut:


Jadi, saya menyarankan kepada sahabat sekalian agar, bukan sahaja menyimpan wang anda, tetapi juga mengembang biakkan wang anda. Anda boleh mengembangbiakkan wang anda dimana-mana sahaja yang difikirkan bersesuaian dengan anda.

Pilihan ditangan anda
Terpulang pada anda untuk melabur dimana-mana sekalipun

Boleh jadi anda melabur dalam pasaran saham, ataupun dalam amanah saham, ataupun dalam pelaburan hartanah. Saya tak mahu bercerita panjang tentang pelaburan-pelaburan tersebut disini, kerana saya akan bincangkan dengan lebih lanjut dalam 'entry' yang akan datang. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment