Tuesday, November 26, 2013

Housemanship Starts NOW!!

Salam alaikum dan salam sejahtera semua,

Saya kini berada di Program Transformasi Minda (PTM) anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sungguh pelik dan sedih!

Sudahlah ini kali pertama kami meninggalkan satu-satunya anak kecil kami dirumah bersama Wannya, kesedihan bertambah pabila kami peroleh surat posting

Posting saya dan isteri bukanlah ditempat yang sama, walaupun tak berapa jauh. Padahal, kami telah melampirkan bersama sijil nikah kami semasa menghantar borang di KKM, Putrajaya.

Bagaimana agaknya nasibku?
Bagaimana agaknya nasib isteriku?
Bagaimana agaknya nasib anakku?

Namun, bisnes side-income saya insyaAllah nampak gayanya berjaya. Bisnes rubber stamp!!

Doakan kami berjaya merayu untuk ditukarkan ke hospital yang sama!!
Robbuna yusahhil wa yubarik!!
Ameen Ya Robb!!

Thursday, November 21, 2013

Gaji Bertambah, Tapi Hujung Bulan, Mesti Habis

Ini adalah luahan 2 orang pensyarah yang berpangkat “Dr” yg saya pernah dengar. Mereka cakap gaji bertambah pun duit asyik habis sahaja. Sampai “tak dan” nak menyimpan. Ye lah, bila kita rasa kita dah kaya, automatically kuasa membeli kita akan bertambah, sbb tu lah duit gaji tak pernah cukup walaupun sentiasa bertambah setiap tahun.

Sebab tu lah pentingnya buat potongan gaji secara automatik, supaya kita konsisten menyimpan dan melabur. Save first, then spend. Ini lah nasihat pakar2 kewangan kepada kita.



Simpanan hendaklah terbahagi kepada dua, short term & long term. Simpanan untuk kegunaan masa terdekat atau Emergency Fund boleh disimpan di Tabung Haji contohnya. Dan simpanan long term untuk persaraan atau pendidikan anak2 boleh lah dibuat melalui pelaburan pilihan anda untuk mendapat pulangan yang lebih banyak. Salah satunya adalah melalui unit trust atau unit amanah.

“ Time is the long term investor’s best friend”. Jangan bertangguh untuk memulakan pelaburan jangka panjang anda.

sumber: http://liyafendi.wordpress.com/2012/09/16/gaji-bertambah-pun-hujung-bulan-mesti-habis/

saya kata, SETUJU!!!!

Tuesday, November 19, 2013

RKA 4: Simpanan Perlu Dikembangkan

Assalamualaikum wbt, dan selamat sejahtera semua

Recap RKA 1-3
Sebelum saya memulakan entry untuk kali ini, saya nak menyingkap semula siri Rancang Kewangan Anda, daripada RKA 1 hingga ke RKA 3 dan saya akan ceritakan kaitan antara semua RKA yang telah dibincangkan diakhir entry kali ini.
RKA 1: Simpan Dulu, Baru Berbelanja
RKA 2: Cuba Cari Pendapatan Sampingan
RKA 3: Berjimat-cermat Dalam Berbelanja 
Dalam RKA 1, saya menerangkan tentang betapa pentingnya untuk kita berdisiplin dalam menguruskan wang kita. Kemudian, barulah saya ceritakan tentang pencarian pendapatan sampingan dalam RKA 2. Bagaimana mungkin kita mencari pendapatan sampingan tanpa ada disiplin dalam menyimpan wang? Kalau kita cari pendapatan sampingan setelah berbelanja wang gaji kita, sudah tentu nilai yang dapat disimpan itu sedikit, bahkan mungkin ada yang lebih teruk lagi, iaitu langsung tiada! 
Saya merayu pada sahabat pembaca semua, jangan jadikan gambar ini sebagai realiti diri anda!
Objektif saya dalam 'entry' RKA 2 adalah untuk memahamkan sahabat pembaca sekalian untuk mencari pendapatan sampingan dengan 'mindset' bahawa pendapatan itu akan disimpan bersama dengan sebahagian gaji kita. Dalam RKA 3 pula, saya menerangkan tentang bagaimana untuk menyimpan wang gaji dahulu sebelum berbelanja. Saya juga telah menceritakan pentingnya untuk berjimat-cermat dalam berbelanja dengan kondisi ekonomi Malaysia yang semakin hari, semakin menghampiri kegawatan.

RKA 4: Simpanan Perlu Dikembangkan
Baiklah, saya pergi kepada topik kita yang seterusnya, RKA 4: Simpanan Perlu Dikembangkan. Saya pernah ceritakan dalam RKA 3 (kalau tak silap saya) bahawa purata kadar inflasi setiap tahun adalah hampir 4-5%. Cuba bayangkan, anda punyai RM100,000 pada tahun 2013, dah tentu pelbagai benda yang anda boleh beli dengan nilai tersebut (bahkan, mungkin dua buah rumah kos rendah). Pada tahun 2014, nilai RM100,000 tidak lagi sama. Nilainya berkurangan sehingga anda hanya mampu membeli barangan yang bernilai RM99,600 pada tahun 2013. Itu baru sahaja perubahan nilai dalam masa 1 tahun. Bayangkan anda menyimpan begitu sahaja wang anda selama hampir 10 tahun. Dah tentu anda akan rugi, kerana nilai wang anda pada tahun 2023 hanya boleh membeli barangan yang bernilai RM66,483.26.
wang anda pada masa kini perlu dikembangkan bagi mendapatkan manfaat dihari kemudian
Oleh kerana kadar inflasi adalah 4% secara puratanya, maka saya menyarankan sahabat pembaca sekalian untuk melabur dalam pelaburan dengan kadar pulangan pelaburan melebihi daripada 4%.
dalam ekonomi konvensional, inflasi sentiasa berlaku. 

Apa itu Kadar Pulangan Pelaburan (Return On Investment aka ROI)?
Ia adalah kadar keuntungan yang diperoleh pada setiap tahun. Ia boleh dikira dengan formula berikut:


Jadi, saya menyarankan kepada sahabat sekalian agar, bukan sahaja menyimpan wang anda, tetapi juga mengembang biakkan wang anda. Anda boleh mengembangbiakkan wang anda dimana-mana sahaja yang difikirkan bersesuaian dengan anda.

Pilihan ditangan anda
Terpulang pada anda untuk melabur dimana-mana sekalipun

Boleh jadi anda melabur dalam pasaran saham, ataupun dalam amanah saham, ataupun dalam pelaburan hartanah. Saya tak mahu bercerita panjang tentang pelaburan-pelaburan tersebut disini, kerana saya akan bincangkan dengan lebih lanjut dalam 'entry' yang akan datang. InsyaAllah...

Tuesday, November 12, 2013

RKA 3: Berjimat Cermat Dalam Berbelanja

Assalamualaikum,

Maaf, saya dah lama tak 'update' blog ini. Semuanya gara-gara menyiapkan tesis DMC saya. DMC adalah sebuah kelas dimana saya belajar secara langsung dengan seorang sifu kewangan, pelaburan dan bisnes. Moga-moga saya mampu menamatkan pengajian saya dalam kelas tersebut dengan CGPA >3.5. Ameen ya robb~~!!
Mesti anda semua ingat DMC yang saya maksudkan adalah ini, kan? Sebenarnya, TIDAK!!
Barangan keperluan memang semakin hari, semakin mahal. Ditambah lagi dengan bajet 2014 yang mengurangkan subsidi gula serta merta. Maka, serta merta lah telah naik harga gula dipasaran.

Belum masuk lagi harga petrol baik RON95 mahupun RON97. Memang telah meng'affect' perbelanjaan kita.

Berdasarkan statistik, kadar inflasi setiap tahun adalah lebih kurang 4%. Ini bermakna harga barangan akan naik sebanyak 4% setiap tahun. Kalau anda tak percaya, sila lah bertanya pada ibu bapa anda, apakah yang dapat dibeli dengan wang 20 sen pada tahun 1980, 1990, 2000, dan 2010
Pernah diceritakan oleh opah saya bahawa 50 sen pada tahun 80-an mampu membeli nasi lemak telur, air dan juga gula-gula. Sekarang? Dengan 50 sen, kita hanya mampu membeli gula-gula sahaja. Nilai 20 sen pada tahun 80-an sama dengan RM3.00 TAHUN INI!!

Cuba bayangkan ketika kita sudah bekerja dan punyai anak. Berapakah wang yang diperlukan untuk membeli nasi lemak telur, air dan gula-gula?
Tak mustahil mencecah RM6.00!!

Jadi, disini apa yang saya ingin tekankan adalah penJIMATan wang dalam berbelanja. Jikalau kita mampu menjimatkan wang sebanyak mungkin, maka TAK MUSTAHIL kita mampu merancang masa hadapan kita!
Kebanyakan dari kita menghabiskan wang pada berbelanja pada perkara-perkara yang tidak perlu.

Antaranya:
- membeli komputer peribadi dengan 'specifications' yang 'high-end' (hanya kerana mahu bermain games)
- membeli telefon pintar yang terbaru (hanya untuk menunjuk-nunjuk bahawa dia 'up-to-date')
- membeli pakaian yang berjenama, walaupun kualitinya sama kerana masih 'Made in Thailand' (hanya untuk bergaya)
- membeli makanan di restoran-restoran yang mahal dan eksklusif (hanya kerana nak berlagak dan upload dalam FB/Instagram)

Aduhai, betapa ruginya kita.. Pembaziran merata-rata... Alangkah baiknya, kalau kita berjimat-cermat..

Jadi, bagaimana nak berjimat-cermat?

Mulakan dengan MEREKOD perbelanjaan anda setiap hari. Jadikan ia sebagai 'habit' anda. Kemudiannya, dihujung bulan perhatikan perkara-perkara berikut:
1. Dimana duit anda dihabiskan paling banyak?
2. Adakah ia perbelanjaan yang perlu?
3. Masihkah ada 'options' yang lain yang lebih berpatutan untuk menggantikan perbelanjaan yang perlu itu?
4. Bolehkah setiap perbelanjaan itu di'minima'kan?
5. Dll... (dah buntu akal ditengah malam ni)

Yang PALING PENTING disini adalah:
CUBA BUAT DAHULU!!

p/s: Boleh bertanya pada saya untuk soalan-soalan lanjut..InsyaAllah akan saya bantu seboleh mungkin.

Thursday, November 7, 2013

Mengapa RKA?

Assalamualaikum sahabat sekalian,

Puji-pujian dan setinggi syukur diungkapkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya saya masih lagi hidup, diberikan kesempatan untuk menghirup udara yang diciptaNya serta masih lagi berupaya menulis untuk para sahabat sekalian. Alhamdulillahi robbil 3alamin!!

Sudah lama saya tak menulis, hampir seminggu rasanya. Semuanya kerana gara-gara tarikh kursus induksi saya yang semakin dekat (hujung November). Namun, saya masih belum menyiapkan tesis pelajaran saya dalam DSR Master Class.

Saya tak mahu bercerita tentang tesis saya, kerana mungkin ianya terlalu 'lame' untuk para sahabat sekalian ambil tahu. Masih banyak benda yang perlu diberikan perhatian oleh anda semua.

Alhamdulillah, saya dah bercerita pada sahabat sekalian tentang beberapa tips merancang kewangan. Namun, adakah anda tahu mengapa perlu dirancang kewangan anda?

Untuk para pelajar (terutama diluar negara)
1. Elaun yang anda peroleh terlalu banyak. 
Apabila elaun yang diperoleh terlalu banyak, maka banyaklah tempat untuk di'buang' segala wang yang anda peroleh. Pernahkah anda mendengar ayat ini?
إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا 
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Al-Isra':27)

2. Anda tak perlukan wang yang banyak untuk sara hidup anda
Majoriti daripada golongan anda:
  • belum berkahwin - tiada anak, isteri untuk ditanggung
  • berkongsi 1 rumah 6 orang - penjimatan wang tahap 'gaban' berlaku disini
  • tak perlu bermewah-mewah untuk masakan - cukup sekadar nasi, telur goreng dan kicap
  • dan banyak lagi
Jadi, tiada sebab untuk anda tak cukup wang lagi

3. Anda punyai banyak masa kosong
Selalunya, masa ini akan diisi dengan perkara-perkara seperti :
  • bermain futsal, video games
  • belajar bermain alat muzik
  • melepak dengan rakan-rakan di restoran-restoran mewah
  • dan pelbagai lagi
Alangkah baiknya jikalau anda luangkan 1 jam setiap minggu untuk menyemak, menganalisa dan merancang perbelanjaan anda

4. Anda bakal meluangkan masa selama mungkin 3 bulan sementara menunggu 'posting' (bagi bakal pekerja perubatan), dan kerja (bagi selain itu).
Jadi, apakah persediaan anda untuk menghadapi 3 bulan tersebut?
Saya tuliskan beberapa perbelanjaan saya secara kasar sementara menunggu 'posting':
makanan, tempat tinggal: free (sebab tinggal dirumah parents)
petrol: RM400
barangan anak: RM300
barangan keluarga: RM300
tol: RM150
open table: RM200
Cuba sahabat sekalian kira, berapa perbelanjaan sebulan saya? Ini belum kira duit parents dan mertua lagi. Belum masuk kos-kos yang lain (duit raya pada anak buah, duit nenek, etc)..
Hanya Tuhan saja yang tahu.

Jadi, didarabkan dengan 3?

Untuk yang sudah bekerja
1. Anda masih belum berkahwin
Jadi, anda perlukan wang bagi menampung kos-kos seperti:
  • pertunangan
  • mas kahwin
  • majlis wallimah
  • sewa rumah baru
  • dll
2. Anda perlukan kereta
Dari celah mana anda nak 'mengorek' wang anda? Dari celah gigi?? MUSTAHIL sama sekali! Sekurang-kurangnya, anda perlukan pinjaman kewangan dan sudah tentu pinjaman yang patuh syariah. Bagaimana mungkin anda mampu membayar hutang pinjaman anda jikalau sebelum ini anda berbelanja 'cukup-cukup makan' dengan untung makan gaji anda?
Anda bakal MUSFLIS!!

Sepertimana contoh 'case study' yang saya berikan dalam RKA 2, saya tak mahu sahabat sekalian jadi seperti beliau. Saya mahu sahabat sekalian jadi LEBIH BAIK dari kalian!!

Gaji + Kewangan yang terancang = Hilang masalah kewangan

Saturday, November 2, 2013

RKA 2: Cari Pendapatan Sampingan

Financial is all about planning and executing
Kenapa harus dicari pendapatan sampingan?
Baik, saya bawakan senario belanjawan sebulan subjek xxx (bekerja sebagai Medical Officer di PJ) pada sahabat pembaca semua.
Petrol: RM400
Makanan: RM400
Infaq: RM200 (minimum)
Sewa rumah: RM1000
Barangan anak (susu, lampin, baju): RM400
Keperluan sendiri: RM300
'Islamic financing' kereta: RM800
Duit mak, ayah, dan kedua mertua: RM600
Dah berapa yang digunakan? Jumlahnya lebih kurang RM4100
Itu belum lagi termasuk yuran nursery anak-anak (jikalau nature of work tak perlu kerja sampai ke tengah malam). Jikalau  nature of work  memerlukan untuk tinggal ditempat kerja hingga malam, maka terpaksalah mengupah pembantu rumah.

Syukur, alhamdulillah jikalau gajinya dibayar lebih tinggi daripada perbelanjaan.
Jikalau kedua-duanya hanya break even ataupun sama rata, maka, mereka sangat-sangat berada dalam kawasan bahaya.

Gaji/Elaun Cukup-cukup Makan
Bila gaji cukup-cukup makan, maka pembaikan pada keluarga atau ummah sangat minima. Kenapa saya berkata sebegitu? Kerana zaman ini, segala-galanya pun memerlukan wang! Bahkan menggunakan air yang merupakan 75% diatas mukabumi ini pun ada bayarannya. Inikan pula kerja meng'islah' ummat.
Dunia...oh dunia.. Sungguh dahsyat penangan daripadamu..
gambar hiasan
Pernahkah anda menghadapi situasi sebegini:
1. Nak berinfaq, tapi risau wang tak mencukupi
2. Dah berinfaq, kemudian tak cukup wang, bahkan tak cukup untuk kos pengangkutan pulang kerumah anda (saya pernah jumpa orang yang sebegini)
3. Dah berinfaq, kemudian hati tak tenang kerana merasakan tiada telaga wang (saya adalah salah seorang dari manusia jenis begini)
4. Dah berinfaq, tapi tiada persediaan menghadapi situasi kecemasan yang memerlukan wang. Maka terpaksa meminta-minta pertolongan (saya juga pernah tergolong dalam golongan ini)

Itulah simptom-simptom golongan yang gajinya/elaunnya cukup-cukup makan.

Mahukah sahabat pembaca sekalian tergolong dalam golongan tersebut?
Mahukah sahabat pembaca sekalian ter'futur' disebabkan krisis kewangan yang disebabkan oleh kegagalan dalam merancang? (bukan bermaksud dengan adanya duit, kita takkan futur, ya!)

Saya TAK SANGGUP!!

Baiklah. Sekarang, sila jawab soalan saya:
(bagi yang dah bekerja) Adakah sahabat pembaca sekalian setuju bahawa kita tak patut bergantung sumber kewangan kita 100% daripada gaji pekerjaan makan gaji kita?
(bagi yang masih belajar) Adakah sahabat pembaca sekalian setuju bahawa kita tak patut bergantung sumber kewangan100% daripada elaun belajar kita?

Bagi yang setuju, boleh teruskan membaca. Bagi yang tak setuju, anda disarankan untuk berhenti membaca secepat mungkin bagi mendatangkan 'su uz dzhon'.  Kalau anda baca juga, tanggunglah akibatnya sendiri. =P

Masih Ada Jalan Keluar
Sebenarnya, masih ada jalan keluar dari masalah ini.
Dengan mencari pendapatan sampingan, maka anda boleh berusaha untuk keluar dari zon bahaya tersebut.
Sekurang-kurangnya itulah usaha kita untuk menambah baik kehidupan kita, menambah baik kemampuan infaq kita, menambah baik sumbangan kita pada ummat.

Ingat, kadar inflasi setiap tahun secara purata adalah lebih kurang 4%. Bermaksud, setiap tahun harga barangan akan naik sebanyak 4%. Contohnya:
Pada tahun 2013, harga 1kg gula adalah RM2.90.
Pada tahun 2014, dijangka bahawa 1kg gula berharga RM3.02

Andaikan pula perbelanjaan bulanan xxx adalah RM4100 pada tahun ini. Pada tahun hadapan, dijangka bahawa perbelanjaan bulanan bakal menjadi RM4264. Bezanya dalam RM164
Besar juga perbezaannya disitu. Hampir separuh perbelanjaan untuk anak!!

Jadi, carilah sumber pendapatan ke-2 anda. Jangan terlalu bergantung pada sumber pendapatan pertama anda.

6 tahun Mencari Pendapatan Sampingan

Dewasa ini, semakin banyak sumber pendapatan sampingan yang makin bertambah kewujudannya, tak kira diatas talian 'online' bahkan juga diluar talian 'offline'.
Online Vs Offline Business Marketing

Kalau tak percaya, anda boleh lakukan carian dalam internet dengan frasa "pendapatan sampingan". Banyak yang boleh anda jumpa didalam hasil carian Google anda.
2,950,000 mukasurat yang mengandungi isi tentang pendapatan sampingan pada 3 Nov 2013
Menarik kan??
Tapi, persoalannya adalah ,"adakah semuanya boleh dipercayai?"
kepercayaan merupakan elemen paling penting dalam perniagaan
Saya serahkan pada sahabat sekalian untuk menjawab persoalan tersebut.

Semasa saya sedang belajar, pelbagai cubaan perniagaan yang telah saya lakukan. Pada tahun 1 di Volgograd, saya bersama sahabat sebilik saya, Dr. Ahmad Mxxxxxxx telah mengorak langkah menjual Nasi Lemak. Alhamdulillah, perniagaan kami mendapat sambutan dikalangan sahabat se'hostel'!
Nasi Lemak yang tak berapa cantik ini bukanlah nasi lemak kami :)

Pada Tahun ke-2 pula, saya telah membawa dari Malaysia beberapa helai baju Brotherhood Arts (muslim dan muslimah) untuk dijual di Volgograd. Alhamdulillah, walaupun sambutan tak begitu menggalakkan, saya telah belajar beberapa teknik pemasaran seperti (blog, iklan-iklan dihostel, serta pemasaran 'offline'). Walaupun tak begitu menguntungkan, namun apa yang boleh saya katakan hanyalah "pulang modal"  Saya juga mula menjadi 'shareholder' Lembaga Jubah Graduasi Volgograd. Alhamdulillah, berjaya memperoleh hampir RM200 pada tahun tersebut.
memang inilah antara jenis-jenis pattern baju yang saya jual sejak dulu lagi.

Pada Tahun ke-3, saya meneruskan perniagaan baju Brotherhood Arts. Seperti yang saya katakan sebelum ini, mungkin disebabkan kelemahan strategi pemasaran saya, tak kesemuanya berjaya dijual. Kemudian, berlaku musibah pada saya. Bilik saya telah TERBAKAR! Beberapa baju jubah graduasi telah terbakar. Begitu juga baju jualan yang diimport dari Brotherhood Arts (masih ada lagi yang tertinggal di Volgograd yang saya tinggalkan pada persatuan AZAM Russia Volgograd  )
*Saya akan ceritakan kisah kebakaran bilik saya pada sahabat semua lain kali
Ini hanyalah gambar semata-mata. Api taklah semarak ini. Alhamdulillah, saya masih wujud, selamat dari api kebakaran sampai sekarang :)

Kemudian, saya telah memulakan perniagaan yang baru, yang telah menjadi TITIK TOLAK bagi saya, untuk merancang kewangan dengan lebih tersusun.

Nasi Lomak Sodap.. Disinilah bermulanya pengembaraan kecil saya dalam dunia perniagaan.
Inilah rahsia saya mula belajar menguruskan wang dengan lebih tersusun.

Tuesday, October 29, 2013

RKA 1: Simpan Dahulu, Baru Berbelanja

Rancang Kewangan Anda (PRINSIP 1): Simpan dahulu, Baru berbelanja

Setiap kali saya memperoleh wang elaun, saya memperuntukkan beberapa peratus daripadanya untuk simpanan saya. Kemudian sahaja baru saya memikirkan tentang keperluan-keperluan saya. 

Kadangkala, saya terasa kerdil kerana bermacam-macam barangan yang tak mampu untuk saya beli. 
Simpanan perlulah sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan kita

mp3

Teringat kisah saya mahu membeli mp3. Ketika itu, saya mengisi 'hati' hanya dengan mp3 (orang yang ikut tarbiyah akan faham maksud saya)
mp3 yang pertama dan terakhir yang saya pernah beli. Hingga kini masih lagi saya gunakan.

Untuk itu, saya mengikat perut untuk mengumpul wang sebanyak 1500 rubles (dalam RM150) untuk membeli mp3 berjenama 'Phillips' setelah mengikat perut untuk simpanan saya. Itupun saya hanya membeli mp3 yang hanya ada 'basic function' - choose, play & pause. Tidaklah seperti kawan-kawan saya yang membeli mp3 mewah dengan fungsi 'touch screen' atau jenama 'Walkman' yang berharga lebih 2000 rubles (dalam RM200).

Jadi, saya membeli hanya barangan yang diperlukan sahaja. Cukup sekadar BASIC FUNCTION


Ketika saya membeli telefon bimbit, saya tak berobjektifkan untuk bergaya, tetapi cukup sekadar mampu membuat panggilan, menghantar mesej dan menangkap gambar. Fungsi menangkap gambar sangat perlu pada ketika itu kerana di Russia, kamera sangat penting untuk menangkap gambar nota-nota yang diberi pensyarah. Saya masih ingat, telefon bimbit yang telah saya beli berharga 1600 rubles (RM160) berjenama Sony Ericsson (saya tak ingat model apa. sudah terlalu lama, dan ia telah hilang)
Telefon itu rupanya seperti ini. 
Kesimpulannya, dalam merancang kewangan, wang simpanan perlu diperuntukkan terlebih dahulu. Itu yang lebih utama. Bukannya berbelanja, kemudian daripada bakinya barulah terfikir untuk menyimpan. 

Bukankah itu merugikan?

Jadi, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh sahabat pembaca semua saat peroleh elaun sara hidup / gaji adalah:

  1. Simpan 10% daripada pendapatan dalam akaun yang berbeza.
  2. Rancang perbelanjaan bulanan.
  3. Berbelanjalah kurang dari kemampuan.

Money Oriented Jundi (bahagian 1)

Salam aleykum wbt

Kenapa D.U.I.T.?
Bukankah sebab duit, agama entah ke mana?
Bukankah sebab duit, ibadah tak khusyuk?
Bukankah sebab duit, bergaduh sanak saudara?
Bukankah sebab duit, penipuan berleluasa?
Bukankah..
Bukankah..
dan bukankah..

Berapa banyak kali bukankah perlu saya letakkan jikalau kita sentiasa berfikiran negatif tentang duit.
Kerana duit, manusia binasa?

Persepsi
Ramai yang berfikiran negatif tentang duit. Sama seperti yang telah saya senaraikan. Bahkan sudah tentu lebih lagi daripada itu. (hanya itu yang terfikir semasa menulis artikel ini). Sama lah seperti semua motivasi, duit juga merupakan satu motivasi bagi manusia, terutamanya golongan-golongan da3ie, contohnya saya sendiri.

Kenapa motivasi?
Setiap perkara yang ditaqdirkan Allah SWT adalah baik diatas muka bumi ini (kullu maa qoddaraLlahu khoyr). Hanya kita BELUM tahu lagi tentang hikmahnya. Begitu juga pada duit. Jadi, tak perlu untuk kita berfikiran negatif terhadap duit ini!
Tak percaya? 
Baiklah, saya buktikan pada sahabat sekalian. Cuba ubah senarai pasimis yang telah saya senaraikan kepada senarai yang optimis.
Bukankah sebab duit, agama makin tertegak?
Bukankah sebab duit, ibadah semakin mudah?
Bukankah sebab duit, makin aqrab hubungan sanak saudara?
Bukankah sebab duit, kejujuran terserlah?
Apa kata sahabat sekalian?

Dengan duit, kita umat Islam mampu menguasai ekonomi dunia. Mampu membentuk ekonomi baru, yang bakal menggulingkan kapitalisme, dan menegakkan ekonomi berasaskan ISLAM.
Tak mahukah kita keluar dari kancah ke'ma3siatan' ekonomi kita?
Pinjaman perumahan - tak sepenuhnya halal
Pinjaman kenderaan - tak sepenuhnya halal
Kadar inflasi yang bertambah-tambah - bukan ajaran islam
Dominasi perniagaan oleh golongan tertentu - tiada dalam islam
dan macam-macam lagi.
Dimanakah pembiayaan kereta yang merupakan 100% Halal?
Kini, sangat payah mencari rumah yang dibeli dengan pinjaman 100% Halal

Saya cukup yakin, kita memang pernah terfikir masa depan dengan ekonomi islam SEMATA. Kita pernah terfikir untuk menghapuskan sistem ekonomi kapitalisme. Kita juga mahu islam tertegak diatas muka bumi ini. Kita berpegang pada "Tiada yang lebih tinggi daripada ISLAM".

Peranan Kita
Namun, apa sumbangan kita dari segi ekonomi terhadap islam?
Apa perubahan yang kita lakukan kepada ekonomi dunia saat kini?
Apakah cukup sekadar membiarkan wujudnya sistem perbankan patuh syariah, pinjaman patuh syariah? Hakikatnya, perbankan dan pinjaman patuh syariah ini bukanlah se'halal' yang kita anggap. Masih banyak perubahan yang perlu kita lakukan. (boleh rujuk tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)

Itu baru sahaja dari segi perbankan dan pinjaman patuh syariah. Belum lagi bidang perniagaan, pengurusan wang, perhutangan, pelaburan, perwarisan serta macam-macam bidang lagi.

Allahu Robbi.. masih banyak lagi tugas kita.

Jadi, saya mahu mengajak sahabat sekalian, BANGUNLAH dari tidurmu. Islam itu bukan sekadar ibadah wajib, bukan sekadar dakwah & tarbiyah, tapi juga merangkumi bahagian EKONOMI


إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
Maksudnya : "Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam".
(Ali-Imran:19)


وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya : "Dan barangsiapa yang mencari yang lain selain Islam, maka dia tidak akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat kelak daripada orang yang rugi".
(Ali-Imran:85)

Jadi, soal diri kita, "sudahkah kita menjadikan Islam itu sebagai yang TERTINGGI?